HTAR nafi Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosongkan ketika lawatan PM 14 Jul 2021 / 11:22 H. Bernama
SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial mengatakan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu telah ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata perkara itu adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit yang setakat semalam, seramai 177 pesakit masih belum menerima rawatan.
Dr Zulkarnain memaklumkan trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 hingga 180 pesakit.
Beliau berkata pemindahan pesakit Covid-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad Covid-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital.
HTAR nafi Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosong ketika lawatan PM harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.