KUALA LUMPUR - Niat murni seorang wanita untuk membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta di kilometer 7.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex) di sini pada Selasa. Nahas yang berlaku pada jam 10.15 malam melibatkan empat kenderaan turut menyebabkan seorang lagi lelaki cedera parah.