comparemela.com

Latest Breaking News On - Moving council aids - Page 1 : comparemela.com

PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi

PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi A A KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi membantu memudahkan proses pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan asnaf. Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif berkenaan memberi fokus utama untuk golongan asnaf yang merupakan penerima Bantuan Baitulmal MAIWP di samping membantu kerajaan mempercepatkan imuniti kelompok. Beliau berkata, menerusi usaha itu pihaknya menyasarkan seramai 7,500 asnaf di Wilayah Persekutuan yang masih belum menerima sebarang tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera. Untuk itu, bagi memudahkan mereka hadir dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini, terdapat empat pilihan lokasi yang telah ditetapkan oleh MAIWP sebelum ini, katanya selepas menyempurnakan gimik pelancaran PPV Bergerak MAIWP di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, di sini, pada Rabu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.