comparemela.com

Latest Breaking News On - Ministry region federal - Page 4 : comparemela.com

PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi

PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi A A KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi membantu memudahkan proses pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan asnaf. Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif berkenaan memberi fokus utama untuk golongan asnaf yang merupakan penerima Bantuan Baitulmal MAIWP di samping membantu kerajaan mempercepatkan imuniti kelompok. Beliau berkata, menerusi usaha itu pihaknya menyasarkan seramai 7,500 asnaf di Wilayah Persekutuan yang masih belum menerima sebarang tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera. Untuk itu, bagi memudahkan mereka hadir dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini, terdapat empat pilihan lokasi yang telah ditetapkan oleh MAIWP sebelum ini, katanya selepas menyempurnakan gimik pelancaran PPV Bergerak MAIWP di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, di sini, pada Rabu.

GPPPKMM nafi Annuar tidak turun padang, abaikan penjaja

GPPPKMM nafi Annuar tidak turun padang, abaikan penjaja A KUALA LUMPUR - Tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak turun padang dan mengabaikan penjaja khususnya di pasar pagi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah tidak benar. Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, sejak awal pandemik Covid-19, Annuar mengambil langkah mewujudkan Wilayah Bebas Berniaga (WBB) dan kini hampir 5,000 penjaja dilesenkan dan lebih 2,000 dalam proses kelulusan. Menurutnya, langkah membenarkan penjaja berniaga di WBB dengan menjaga jarak di lokasi bersesuaian membantu mengurangkan pengumpulan orang ramai di sesuatu tempat pada satu-satu masa.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.