comparemela.com

Latest Breaking News On - Members committee federal - Page 1 : comparemela.com

Semangat norma baharu MTF

Semangat norma baharu MTF A A AHLI Jawatankuasa Persekutuan Taekwon-Do Malaysia (MTF) yang baharu dipilih dalam mesyuarat agung kali pertama secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada Sabtu, diharapkan terus komited demi kemajuan sukan tersebut di negara ini. Presidennya, Najmi Abdullah berkata, dia amat bangga dengan komitmen ahli jawatankuasa baharu MTF yang terdiri dalam kalangan golongan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang akademik dan profesional. “Walaupun Malaysia ketika ini berdepan pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang mesyuarat agung ini diteruskan secara maya seperti dirancang dengan kehadiran 61 perwakilan terdiri daripada perwakilan setiap negeri, kelab bersekutu dan pemerhati jemputan. “Cabaran melaksanakan aktiviti secara maya ini sangat tinggi dan memerlukan disiplin setiap ahli untuk hadir tepat pada waktu ditetapkan dan tidak terkecuali Mesyuarat Agung MTF yang berlangsung hari ini.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.