comparemela.com

Latest Breaking News On - Medic fixed - Page 1 : comparemela.com

PAS cadang tubuh Badan Bertindak Reformasi Kesihatan Negara

PAS cadang tubuh Badan Bertindak Reformasi Kesihatan Negara July 27, 2021 MASALAH doktor kontrak yang dihadapi negara merupakan sebahagian daripada bongkah ais yang sangat besar masalah yang dihadapi di dalam perkhidmatan kesihatan negara. Umum mengetahui ianya disebabkan kesilapan perancangan oleh pemimpin-pemimpin negara sebelum daripada ini. Setiap keputusan yang dilakukan, dilihat hanya untuk mengatasi masalah bersifat jangka pendek tanpa memikirkan natijah yang akan dihadapi oleh negara untuk jangka masa panjang. Bagi mengatasi masalah lambakan graduan perubatan dan kekangan penjawatan tetap, Kerajaan Malaysia pada waktu itu memperkenalkan Sistem Pegawai Perubatan Kontrak pada Disember 2016. Ia adalah langkah sementara untuk membolehkan pengambilan pegawai perubatan dapat dibuat tanpa lagi bergantung kepada kekosongan tetap yang terhad. Sejak Disember 2016 sehingga 31 Mei 2021, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.