Pengorbanan frontliners liang lahad
A
A
SUBANG JAYA - Setiap hari, van jenazah datang bersilih ganti. Tidak kira pagi, petang mahu pun malam. Liang lahad sedalam tujuh kaki sentiasa tersedia menanti pemiliknya hadir menghuni alam abadi.
Di suatu sudut lain, penggali kubur tidak pernah mengenal erti lelah menyempurnakan jenazah Covid-19 ke tempat istirehat terakhir mereka.
Mohd Firdaus Shah Abdul Manan misalnya, ialah salah seorang penggali kubur yang menjadi saksi ganasnya Covid-19. Mohd Firdaus Shah bersyukur diberi peluang menjalankan tugas mulia sebagai penggali kubur.
Hampir 10 tahun bergelar seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, tahun 2021 merupakan tahun yang amat menyentuh perasaan pemuda berusia 39 tahun itu.
SHAH ALAM - Pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam satu liang lahad besar boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti ia mendedahkan risiko jangkitan kepada pasukan pe­ngurusan jenazah.