Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen belum isytihar harta
A
A
JOHOR BAHRU - Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang disyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihaknya mempunyai senarai mereka yang belum berbuat demikian sama ada wakil rakyat kerajaan atau pembangkang. Pihak Parlimen sudah menghantar surat kepada mereka untuk isytiharkan harta.
Ada antara mereka mempunyai sebab-sebab tertentu tidak dapat isytiharkan harta ketika ini, katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.