TEMERLOH - Wajah ceria jelas terukir di wajah penerima bagi murid berkeperluan khas (MBK) menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) oleh kerajaan negeri. Seramai 27 murid terpilih menerima RM250 seorang dalam penyerahan secara pandu lalu yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin di pejabat ADUN Lanchang di sini pada Jumaat.