Mingguan Wanita
Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Wah semakin cantik, kurus dan berseri-seri penampilan terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata keduanya.
Mana tidaknya sewaktu menjayakan sidang media virtual, BeauRaya penyanyi tersohor negara ini menerangkan berat badannya sudah turun sebanyak 20kg selepas bersalin.
Siti Nurhaliza Berazam Turunkan Lagi 10kg Berat Badan
Walaupun sudah berjaya menurunkan berat badan namun Siti turut berazam mahu menurunkan lagi 10 kilogram berat badannya untuk mencapai berat badan ideal. Malah ketika hamil anak keduanya, Muhammad Afwa, berat badannya mencecah sehingga 92kg.
âKetika hamilkan Muhammad Afwa, berat badan saya mencecah sehingga 92kg. Alhamdulillah, saya kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas itu.