comparemela.com

Page 2 - Lakes Sliced News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Lapan beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar rumah sewa

Lapan beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar rumah sewa A A KEPALA BATAS - Lapan beranak menempuh detik sukar apabila terpaksa mendiami khemah selama sebulan selepas terpaksa keluar dari rumah sewa. Sebelum ini keluarga Roszita Abdul Razak, 43, menyewa di Lunas, Kedah dan menyara keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai emas di Kulim, Kedah. Namun, pelaksanaan Kawalan Pergerakan Penuh atau total lockdown lebih sebulan lalu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan serta tidak mampu membayar sewa rumah. Susulan itu, Roszita yang juga ibu tunggal terpaksa pulang ke kampung ibunya di Pengkalan Batu, Tasek Gelugor bersama empat anak berusia antara 12 dan 22 tahun, dua cucu berusia setahun dan dua tahun serta seorang anak saudara berusia 17 tahun.

SOP ketat sepanjang sidang khas Dewan Rakyat

SOP ketat sepanjang sidang khas Dewan Rakyat A A SEBERANG PERAI - Prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilakukan sepanjang sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung bermula 26 Julai ini bagi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19. Ia termasuk mewajibkan semua ahli Parlimen dan pegawai yang hadir mengemukakan keputusan ujian saringan selain tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Shabudin Yahaya berkata, sidang khas yang akan berlangsung sehingga 2 Ogos itu dijangka melibatkan lebih 2,500 orang termasuk 222 ahli Parlimen bersama pegawai masing-masing. Beliau berkata, persidangan yang akan memfokuskan kepada penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta pengurusan kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 turut melibatkan kehadiran pegawai daripada pelbagai kementerian selain petugas dan kakitangan pentadbiran Parlimen serta anggota keselamatan.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.