KUANTAN - Bekas Kadi Besar Pahang, Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021 pada sambutan yang diadakan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang di sini, pada Selasa. Dua anak Allahyarham, Syed Mohd, 71, dan Syed Akil, 59, mewakili arwah bapa mereka menerima anugerah itu termasuk wang tunai RM10,000, trofi, plak, kalung dan sijil, dalam majlis yang diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.