comparemela.com

Latest Breaking News On - Kite quail - Page 1 : comparemela.com

Covid-19 tidak halang pembuat wau Kelantan terima tempahan

Covid-19 tidak halang pembuat wau Kelantan terima tempahan A A KOTA BHARU - Meskipun negara masih dilanda pandemik Covid-19 namun ia tidak menghalang sekumpulan anak muda dari Kampung Sireh, di sini, untuk meneruskan minat dalam seni pembuatan wau, yang merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Tinjauan di Flat Kampung Sireh mendapati tujuh hingga 10 anak muda berusia 20 hingga 30-an sedang menyiapkan wau puyuh iaitu ‘Wau Kelantan’ yang ditempah oleh pembeli. Ketuanya, Muhd Nasru Aiman Mohd Zu, 31, berkata, pembuatan wau puyuh tetap diteruskan dalam tempoh pandemik ini kerana masih ada tempahan selain tidak mahu seni tradisional itu terkubur. Beliau berkata, walaupun seni seumpama itu dilihat kolot berbanding permainan gajet moden namun ia masih memiliki peminat tersendiri.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.