20 keluarga terima sumbangan barangan asas
A
A
SHAH ALAM - No 2 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan kerjasama Kelab Generasi Sahabat Dinamik Malaysia (Genesis) dan Sinar Harian mengambil inisiatif bagi membantu 20 keluarga memerlukan di Pangsapuri Seksyen 19D, di sini.
Menerusi Program Jiwa Murni itu, keluarga terlibat menerima sumbangan barangan keperluan asas meliputi beras, minyak, telur dan pelbagai lagi.
Pegawai Memerintah No 2 Skuadron TUDM Subang, Lt Kol Raja Farizal Azam Raja Idris berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial korporat (CSR) mereka dalam membantu golongan memerlukan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Penyerahan sumbangan ini dapat membantu keluarga terlibat membuat persediaan barangan keperluan sewaktu pelaksanaan PKPD ini, katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan itu dalam majlis ringkas di Surau Hamideen, di sini pada Jumaat.