PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes positif Covid-19 menurun kepada 19,257 kes pada Sabtu selepas dua hari merekodkan angka melepasi 20,000 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang direkodkan meningkat kepada 1,243,852 kes.