KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri dijangka menguatkuasakan larangan jualan bagi semua jenis telur penyu dan tuntung bermula tahun depan. Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, penguatkuasaan itu akan dijalankan selepas pindaan Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November.
KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah menzahirkan penghargaan kepada Amerika Syarikat atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan perkara itu ketika berhubung secara maya dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D Mcfeeters pada Isnin.