ALOR SETAR - Kerajaan negeri memperkenalkan aplikasi Kedahcare bagi memudahkan penduduk terkesan akibat pandemik Covid-19 memohon bantuan makanan dan keperluan asas.
ALOR SETAR - Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang merupakan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan Kedah memastikan penerima yang layak tidak terputus bekalan makanan serta rawatan kesihatan ketika pandemik Covid-19. KIDA merupakan salah satu daripada pelbagai program holistik dan bersepadu yang dijalankan NCIA untuk menangani cabaran kewangan dihadapi penduduk tempatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) khususnya di Kedah.