IPOH - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kerugian RM36,800 apabila diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis bergelar Datuk. Mangsa dikenali sebagai Jay Ng berkata, dia terjerat dengan penipuan terbabit selepas menerima panggilan daripada pihak telekomunikasi yang mendakwa akaun telefonnya terlibat dalam kegiatan judi haram di Seremban.