Isu Tok Pa langgar SOP: Pemilik restoran mohon maaf kongsi gambar
A
A
JELI - Restoran AlFath Cafe memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya berkongsi gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa yang singgah ke premis berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kalai di sini baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dimuat naik pemilik restoran berkenaan, Abdul Syafizi Sallah menerusi entri laman sosial AlFath Cafe.
Abdul Syafizi berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut. Saya menyerahkan perkara ini kepada pihak polis dan memohon warganet tidak membuat sebarang tohmahan negatif berkaitan isu tersebut, katanya pada Isnin.