IPOH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas sekotak pokok keladi yang dibawa masuk dari negara Belanda di Pejabat Pos Besar Ipoh, di sini pada Isnin. Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berjaya menahan satu kotak yang berisi pelbagai jenis pokok keladi.