Penjawat awam didakwa palsu dokumen pembekalan benih nanas
A
A
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang Pembantu Ehwal Ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas empat pertuduhan memalsukan dokumen pembekalan benih nanas berjumlah RM41,025 enam tahun lalu.
Tertuduh Hasren Amat [email protected] Fahrudin, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, Hasren dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia suatu dokumen pesanan pembekalan benih yang mengandungi butiran matan palsu iaitu pembekalan tidak dibekalkan sepertimana dalam tuntutan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Selatan di Pontian pada April, Mei dan Disember 2015.