MERBOK - Kerajaan negeri Kedah bercadang membina sebuah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Tupah, di sini, bagi menakung air dari Gunung Jerai yang boleh digunakan ketika musim kemarau. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pada masa ini terdapat dua TAPS di sungai tersebut dan pembinaan sebuah lagi dijangka dapat memaksimumkan takungan air untuk dibekalkan kepada penduduk di kawasan Merbok.