IPOH - Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tidak sabar untuk bekerjasama dengan Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Dr Noor Azmi yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Kesihatan 1 turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaannya untuk memikul jawatan itu.