DUN Perak lulus 5 usul sebulat suara sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
IPOH - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual pada 25 Ogos depan tetap diteruskan meskipun terdapat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) belum divaksin dan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, persidangan yang akan menggunakan konsep gelembung itu sudah dirancang dan dibuat persiapan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).