SUNGAI PETANI - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kenangan akan dinaik taraf sebagai PPV Integrasi bermula Rabu ini dengan kapasiti sebanyak 2,000 suntikan sehari. Pengurus PPV Integrasi Dewan Kenangan, Dr Sabeelah Begum Mohd Yunus berkata, dengan penukaran status PPV Awam ke PPV Integrasi itu membolehkan lebih ramai penduduk Sungai Petani menerima vaksin berbanding kira-kira 1,500 suntikan sehari sebelum ini.