comparemela.com

Institutions Affairsi Tubes Pilgrimage News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Ancaman tukar status Tabung Haji

Ancaman tukar status Tabung Haji A CADANGAN meminda status Lembaga Tabung Haji (TH) dan meletakkannya di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah langkah radikal yang perlu dikaji dan difahami sedalam-dalamnya. Pertama, pengumuman mengenainya pada 15 Julai lalu dibuat melalui kenyataan media oleh Kementerian Kewangan. Kedua, ia tidak dikeluarkan atas nama sesiapa. Maklumat yang penting sebegini selalunya ada tanda tangan. Ia sudah cukup untuk menimbulkan tanda tanya dan persoalan kerana TH bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. TH adalah badan berkanun di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan diselia oleh Menteri Tugas-tugas Khas mengenai hal ehwal agama (Islam). TH baru sahaja keluar daripada krisis kewangan teruk yang memaksa kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan operasi penyelamatan besar-besaran pada 2018 dan 2019.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.