Studi kelayakan yang dilakukan perusahaan konsultan telekomunikasi Sofrecom bertujuan untuk menegaskan kebutuhan pemerintah Indonesia secara tepat dan mengusulkan solusi teknis yang memadai.
RM700 juta naik taraf infrastruktur digital di Kelantan
A
A
MACHANG - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM700 juta untuk meningkatkan infrastruktur digital di Kelantan untuk jangka masa bermula tahun 2020 sehingga 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia melibatkan kerja menaik taraf 1,232 menara telekomunikasi, pembinaan 85 menara telekomunikasi baharu dan meluaskan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi ke 54,904 buah premis.
“Sebanyak 18 buah menara telah siap dibina pada April dan Mei 2021 iaitu masing-masing satu di Jeli, Pasir Puteh dan Tanah Merah, dua di Gua Musang dan Bachok, empat di Machang dan tujuh di Pasir Mas. Kesemua menara ini berada di kawasan luar bandar sesuai dengan dasar untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan kampung-kampung, katanya di sini pada Sabtu dalam satu lawatan ke menara telekomunikasi di Kampung Kubang Tebit, Machang.