Tindakan UMNO beri peluang Anwar jadi PM: Zahidi
A
A
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berasas.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, tindakan tersebut hanya akan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai Perdana Menteri. Saya tidak kisah kalau calon Perdana Menteri itu bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau Pas saya akan sokong. Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Ahmad Zahid.
UMNO dan reformasi sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.