BATU KAWAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 839 kompaun kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan nilai RM4.5 juta dalam pemeriksaan di seluruh negara sejak 13 Mei lepas.
JELEBU - Sebuah ladang ternakan ayam di Air Kuning Selatan, Gemencheh, Tampin dikompaun RM500 selepas didapati menyebabkan pencemaran air Sungai Air Kuning, 8 Ogos lepas.
SHAH ALAM - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang telah diberikan kepada individu yang lengkap vaksinasi sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan segera mengambil langkah sewajarnya.
Kompaun RM5,000 dikenakan ikut garis panduan: Polis
A
A
MELAKA - Polis menegaskan tindakan kompaun RM5,000 ke atas seorang wanita yang tular semalam (Sabtu) adalah mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu kerana merentas daerah tanpa alasan munasabah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan berkenaan wajar selepas wanita berumur 40 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Angkasa Nuri, Batu Berendam daerah Melaka Tengah kira-kira 11.30 pagi pada 13 Jun lepas.
Katanya, hasil pemeriksaan anggota polis bertugas mendapati wanita itu merentas daerah dari rumahnya di Taman Desa Idaman, Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah ke lokasi SJR sejauh lapan kilometer.