PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat laporan polis terhadap Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berhubung dakwaan sogokan bagi perolehan vaksin Covid-19 keluaran ModernaTX Inc.
PUTRAJAYA - Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit Covid-19, hanya itu sahajalah yang sentiasa dibaca di dalam hati ketika mengusung jenazah sehingga menurunkannya ke liang lahad, demikian kongsi seorang penggali kubur, Yazrul Ekhzan. Menurut kakitangan Unit Kecil Perkuburan dan Krematorium Perbadanan Putrajaya (PPj) berusia 42 tahun ini, menguruskan jenazah pesakit Covid-19 menjadi ‘terlalu sunyi’ apabila tiada waris dibenarkan berada di tanah perkuburan untuk bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir si mati.
Persidangan Parlimen hanya selepas pelbagai syarat dipenuhi
A
A
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi, dan ia mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut pakar perlembagaan.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat antaranya menyatakan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Peraturan 11 ini juga menyatakan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri boleh mengubah tarikh persidangan itu dari semasa ke semasa, namun persoalannya adakah Peraturan 11 ini terpakai.
Ivermactin: KKM dicadang perluas penggunaan ubat anti Covid-19
A
SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan perspektif ubat-ubatan anti Covid-19.
Beliau berkata, negara luar seperti Bangladesh, Brazil dan beberapa negara lain sudah memperakui Ivermactin sebagai ubat berkesan dijadikan sebagai anti Covid-19. Elok pihak berkuasa KKM mula perluaskan perspektif ubatan anti Covid. Kalau Bangladesh, Brazil dan lain-lain sudah perakukan Ivermactin ini berkesan sebagai anti Covid. Berilah ruang percubaan di Malaysia. Ubat ini murah saja. Jodoh menunggu pertemuan. Penyakit menunggu ubat yang serasi, ciapnya di laman Twitternya pada Isnin. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) pada 31 Mei lalu memulakan ujian klinikal bagi Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12