TANAH MERAH - Seorang bekas tentera pernah dilabel sebagai gila hanya kerana obses mengutip bendera yang ditemui bersepah di merata tempat. Dalam tempoh 23 tahun melakukan tindakan tersebut, dia berjaya mengumpul lebih 6,000 Jalur Gemilang. Biarpun adakalanya hatinya tersentuh dengan label tersebut, jiwa patriotisme tetap kukuh terpahat dalam diri, Muhammad Nasir Mustapha, 62.
TUMPAT - Seorang lelaki sanggup melepaskan 'gian' dengan menghias rumahnya di Kampung Dalam Pagar, Pasir Pekan Hilir, di sini dengan menggunakan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos depan. Murtadhatumizi Mustapha, 27, berkata, idea menghias rumah itu timbul apabila tiada sebarang aktiviti untuk sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.