KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih antara empat individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, di sini pada Selasa. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57,630 dalam serbuan berasingan pada jam 9.20 malam.