KUALA LUMPUR - Meskipun hujan lebat, anggota polis dan petugas media tetap setia menunggu keberangkatan tiba Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi menghadiri perbincangan khas dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 2.30 petang Jumaat. Beberapa anggota polis yang berbaris di hadapan pintu 1, Istana Negara memakai pakaian hujan sepanjang menyambut ketibaan dan mengiringi kemasukan kenderaan membawa Raja-Raja Melayu.