Notis 21 hari dihantar sebelum bantuan JKM tamat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
SEREMBAN - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang menawarkan kit ujian kendiri (RTK-AG) Covid-19 secara percuma kepada 300 penduduk di kawasan DUN itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, kemudahan itu diberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan, penghantar makanan dan mereka yang bergejala.
Sudah dapat bantuan, masih kibar bendera putih
A
A
SEREMBAN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan kempen mengibarkan bendera putih untuk kepentingan diri sendiri.
Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya kesal apabila terdapat keluarga yang berterusan mengibarkan bendera putih walaupun sudah menerima bantuan pelbagai pihak.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, terdapat rumah yang sebelum ini mengibarkan bendera putih sebelum pusat khidmatnya datang memberi bantuan.
Bagaimanapun, katanya, selepas menerima pelbagai bantuan, keluarga berkenaan masih terus menggantungkan bendera putih tersebut. Bukan sahaja di pusat khidmat, malah terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Magic dan Persatuan Muhibah, serta individu yang bermurah hati membantu keluarga tersebut.
Ambil saja pakaian, tidak perlu bayar sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.