Tiada kenaikan tarif asas elektrik harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Rebat kekal, diskaun bil elektrik bersasar akan diumumkan PM
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengekalkan pemberian rebat tarif elektrik sebanyak 2 sen/kWj dan kepada pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan menerima purata diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus bagi tempoh tersebut.
Menurutnya, kerajaan juga bersetuju memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai hingga September 2021 untuk Semenanjung dan Sabah.
“Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun.