comparemela.com

Latest Breaking News On - Group education leadingi players - Page 1 : comparemela.com

Universiti swasta terbaik: UTP, UNITEN, MMU dan UniKL

Universiti swasta terbaik: UTP, UNITEN, MMU dan UniKL July 6, 2021 Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib KUALA LUMPUR: Empat Universiti Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLU) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti swasta terkemuka di negara ini yang terbukti melalui ranking serta penarafan konsisten di peringkat dunia dan dalam negara. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dimiliki sepenuhnya Syarikat Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLC) dan telah mendapat penarafan Quacquarelli Symonds (QS), Times Higher Education (THE), Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) dan Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (Setara). Advertisement GLU dalam kenyataan semalam berkata UTP berada di kedudukan ke-70 dalam QS Asia Rankings 2021, manakala UNITEN di kedudukan ke-168, MMU di ranking ke-190 dan UniKL berada di kedudukan 291-300.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.