July 21, 2021
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman telah bebas Covid-19 dan kini sudah pulang ke rumah.
Rebecca menerusi Instagram memaklumkan, suaminya itu kian beransur pulih dan perlu lebih banyak berehat dan bertenang.
âSalam Idul Adha Everyone. Pertama sekali mummy ingin Ucapkan Syukur Kpd Allah SWT Dgn Limpah Rahmat dan Kasih SayangNYA. SuamiKu SyurgaKu Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga.
â#alhamdulillah syukur teramat sgt, #DoaKuDiDengariAllah, #DoaSangIsteri. Terima kasih Buat Semua Keluarga, Teman teman, Kenalan Dan
Juga Semua Followers mummy Yg tidak Putus2 Sama sama BERDOA utk Suami Mummy serta Kami sekeluarga,â tulisnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan upacan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka seisi keluarga selain para petugas barisan hadapan yang komited di dalam menjalankan tugas.