Isu & Kontroversi
Penyanyi dan pelakon sensasi, Ifa Raziah menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya membatalkan temu janji vaksinasi saat akhir secara sengaja kerana memilih jenis vaksin.
Di Instagram, Ifa atau lebih dikenali sebagai Miss Diva memberitahu bahawa dia terpaksa membatalkan niat mengambil vaksin semalam disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Tak dapat Pfizer
Siapa yang nak kena cucuk atau tak nak kena cucuk, terpulanglah pada diri masing-masing empunya badan. Cucuk pun akan mati juga, tak cucuk pun akan mati juga kalau dah sampai ajal. Kalau tak nak kena cucuk, tak apa jangan jadi kaki cucuk. Miss Diva bukan mengada-ngada tak nak kena cucuk. Doktor yang tak bagi cucuk. Lain kali dia bagi cucuk. Akan cari yang secocok.