JOHOR BAHRU - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Khamis menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di Jalan Belumut, Taman Johor, Kempas, di sini dinaiki air. Penduduk, Norisham Norman, 44, berkata, keluarganya panik kerana air naik begitu pantas memasuki kawasan rumah dan surut dua jam kemudian.