July 22, 2021
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dan dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai orang awam, kita merasakan perlu lebih berhati-hati namun dilihat sindiket penipuan ini semakin licik memperdaya.
Ini seperti mana yang terjadi kepada pelakon popular Datuk Fizz Fairuz yang ‘terkena’ dengan penipuan daripada seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri hingga menyebabkan kerugian RM18,000.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.(21/7)
Memetik laporan di Harian Metro, Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tawar Projek DBKL