Bantuan tunai terbanyak sepanjang 64 tahun merdeka
July 6, 2021
SYAHIRAH SALLEH
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang paling banyak memberi bantuan tunai kepada rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, sejak 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, tiada kerajaan yang memperuntukkan bantuan tunai sebanyak dan sekerap kerajaan PN.
Advertisement
“Suka atau tidak, (sebenarnya) kerajaan hari ini telah memberikan bantuan tunai terbanyak buat rakyat Malaysia, itu kita akui.
“Sejak 64 tahun kita menjadi sebuah negara yang merdeka, kita pernah berdepan dengan Kegawatan Ekonomi Global, kemudian kegawatan hebat pada 1997 dan 1998, Krisis Kewangan Asia pada 2008 dan 2009, ini kita berdepan dengan kegawatan ekonomi global.
Kemiskinan, cabaran utama masyarakat
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kemiskinan dianggap sebagai cabaran utama yang perlu didepani masyarakat hari ini, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, peningkatan kes bunuh diri menjadi lagi satu bukti bahawa masyarakat semakin tertekan dengan kesempitan ekonomi yang berlaku ketika ini.
Kata Ahmad Fadhli, walaupun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada menjadi korban Covid-19, namun dalam masa sama beliau tidak menolak realiti bahawa ia telah membunuh rakyat daripada pelbagai aspek lain.
“Realiti yang tidak boleh kita tolak ialah lockdown ini telah membunuh rakyat pada aspek lain. Ia telah membunuh emosi rakyat, ia telah membunuh