PUCHONG - Simpang empat di Persiaran Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong, di sini akan ditutup pada 20 Ogos ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek terowong ‘underpass’. Projek yang menelan kos sejumlah RM70 juta itu bermula tiga tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, sehingga kini pembinaan oleh IOI Properties itu siap 60 peratus membabitkan jalan dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hingga ke Bandar Puteri Puchong.