PROSES pendigitalan sektor ekonomi adalah perkara yang kritikal dan perlu diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk memastikan sektor ini kembali pulih, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Tutup kilang tidak selesaikan masalah
A
[WAWANCARA] Tanggapan majoriti rakyat bahawa industri perkilangan menjadi punca kes positif Covid-19 terus tinggi di negara ini ditepis Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Beliau berkata, pemahaman itu tidak tepat kerana berdasarkan data kes jangkitan harian, hanya 15 hingga 20 peratus kes melibatkan kluster kilang manakala 80 peratus tiada kaitan langsung dengan kluster atau membabitkan kes sporadik.
Justeru menurutnya, penutupan sepenuhnya sektor perkilangan seperti gesaan yang disuarakan rakyat yang marah kerana menganggap industri itu menjadi punca lonjakan kes tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kes Covid-19.
Sebaliknya, Dr Noor Azlan menegaskan, tindakan itu hanya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia kerana sektor perkilangan di negara ini menyumbang jumlah eksport melebihi RM1 trilion setiap tahun.
Kerajaan himpun data lebih tepat tumpu bantuan kumpulan sasar sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.