Serah diri lari sekatan jalan raya
A
A
SEPANG - Seorang lelaki menyerah diri di Balai Trafik Sepang pada Ahad selepas tindakannya memecut laju kenderaan ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 47.8 Lebuhraya Damansara Puchong, di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, video insiden pada Sabtu itu tular di Facebook.
Menurutnya, siasatan mendapati pemandu kenderaan Toyota Lexus itu diarah berhenti untuk pemeriksaan anggota polis ketika sekatan terbabit, namun pemandu berkenan terus memecut laju hingga hampir melanggar seorang lagi anggota bertugas. Bertindak hasil siasatan, polis mengenal pasti pemilik kenderaan berusia 31 tahun yang merupakan warga tempatan.