Ismail Sabri keluar kediaman dipercayai hadiri mesyuarat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 kira-kira jam 9.35 pagi pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.46 petang. Beliau tiba menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih turut diiringi dua kenderaan lain.
KUALA LUMPUR - Kenderaan dipercayai milik menteri dilihat keluar masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Sabtu. Antara kenderaan yang dilihat memasuki kediaman tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada jam 4.46 petang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada jam 3.30 petang.
KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis dilihat memasuki kawasan kediamannya di Bukit Damansara pada jam 7.49 malam ini.