KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kembali menjadi tumpuan selepas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu selesai bermesyuarat bersama pemimpin partinya di Publika.
Kediaman Muhyiddin terus dikunjungi menteri sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Kediaman PM jadi tumpuan media
A
KUALA LUMPUR -
[DIKEMAS KINI] Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat hari ini.
Petugas media dilihat mula berkampung di rumah Perdana Menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak jam1 tengah hari tadi.
Pemerhatian Bernama mendapati beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman Perdana Menteri pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka Baginda.