KUALA LUMPUR - Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri dengan segera.
Serah memorandum desak Muhyiddin, barisan kabinet dipecat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
GBMRM desak Perdana Menteri, Kabinet letak jawatan
A
A
KUALA LUMPUR - Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk mengundur secara terhormat sebelum 16 Julai ini.
Koordinator GBMRM, Mustafa Mansor berkata, ia kerana kerajaan kini dilihat gagal mengawal pandemik Covid-19 dengan kes positif terus tinggi sehingga mencatatkan rekod terbaru semalam.
Menurutnya, jika peluang masih diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikhuatiri akan lebih ramai rakyat yang akan terkorban akibat wabak tersebut. Rakyat sudah bagi masa yang cukup panjang kepada kerajaan Muhyiddin. Semalam pun dah 11,000 kes dan kita lihat kematian bertambah begitu juga kadar bunuh diri yang sudah tidak terkawal.