Belanjawan 2022 kekal berciri pengembangan, pemulihan sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Belanjawan 2022 dibentang 29 Oktober ini
A
KUALA LUMPUR -
[DIKEMASKINI] Kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain akan diperincikan kerajaan ketika pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2022.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, RMK12 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September ini manakala Belanjawan 2022 pada 29 Oktober depan.
“Saya juga ingin maklumkan, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan atau Recovery, Resilience, Reform .
“Sehubungan ini, tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global, katanya.