Suspek kelima kes pecah rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
A
A
GEORGETOWN - Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Park, Pulau Tikus pada awal pagi Isnin.
Penahanan suspek berkenaan menjadikan sehingga kini seramai lima suspek telah ditahan berkaitan kes terbabit.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, suspek kelima berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan Balik Pulau di sini. Suspek kelima sudah ditahan awal pagi tadi di Balik Pulau. Dia berusia 32 tahun, katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Isnin.
Pagi Sabtu, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah rasmi Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang.