IPOH - Konsep Gelembung Persidangan Dewan Negeri akan diguna pakai dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula pada 25 Ogos ini. Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pelaksanaan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19 di negeri ini serta khidmat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).